SKU: 978-967-406-245-3

Bila Cinta Milik Dia, Sharina Elisa

Rating: Not Rated Yet
Sales price: RM 17.00
Discount: RM 5.00
Sales price: RM 17.00
(Discount: 22.73%)




Do not have E-book

Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup.  Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati.

Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan.

Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan.

Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka.

Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah  orang yang sama.

 

Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? - Maliqi

Aku ada misi - Rania

Misi? Misi apa? - Maliqi

Misi mencari suami - Rania

There are yet no reviews for this product.
Top