DRAMA ADAPTASI NOVEL"SETULUS JANJI"

 

Salam ceria,

Untuk makluman anda, drama bersiri adaptasi novel 'Setulus Janji' (karya Aina Emir) akan mula ditayangkan pada 17 Oktober 2015 pada setiap hari Sabtu & Ahad pada jam 7.05 petang (slot Widuri) di TV 1.

Drama ini adalah drama 26 episod. Maka, insyaAllah akan ditayangkan selama 13 minggu (setiap hujung minggu).

Drama ini dibintangi oleh Azlee Khairi, Fida Ibrahim, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Shah Iskandar, Roy Azman dan ramai lagi.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton drama adaptasi novel bertajuk 'Setulus Janji' ini.

SALAM AIDILADHA

 aidiladha

 

Assalamualaikum,

Pihak KarnaDya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga segala amal ibadat kita diterima Allah SWT dan moga kita sentiasa berada di bawah lindungan-Nya. InsyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

raya

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak KarnaDya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin seandainya ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang anda berurusan dengan kami.

Semoga selamat pulang ke kampung dan pandulah dengan hati-hati.

Selamat bercuti!

Merry Christmas & Happy New Year 2015!

christmas

Salam ceria...

Pihak KarnaDya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal buat anda yang menyambut perayaan ini dan Selamat Tahun Baru 2015.

Buat yang lain-lain, selamat bercuti!:)

Latest News

Payment Methods

Top