Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (KLIBF 2014)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (KLIBF 2014) akan berlangsung pada 24 April 2014 – 4 Mei 2014. KarnaDya akan berada di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC di booth HA46-HA49.

InsyaAllah KarnaDya akan muncul dengan beberapa buah novel terbaru, antaranya novel Aina Emir, novel remaja Hasif Hamsyari dan Zamri Bahal, dan novel komik Geng Ninja Totoi hasil karya Just.

Pastikan anda datang datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi suasana PBAKL 2014. Semestinya diskaun menarik menanti anda!

Jumpa di sana!

Salam Maulidur Rasul...

Salam Maulidur Rasul... 

Marilah kita mengingati perjuangan dan pengorbanan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam. Ya Rasulullah, besarnya pengorbananmu untuk umatmu.

Semoga kita mencontohi keperibadian Baginda. Semoga kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW yang mendapat syafaat daripada Baginda…

Novel Remaja Terbaru

Assalamualaikum & salam sejahtera,

KarnaDya keluar dengan dua buah novel remaja terbaru iaitu Potret Maya, karya Atiqah Afrina dan Zizan @ Zidane: Pasukan Paling Top karya Alias Derais. Anda boleh mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku berhampiran atau di www.karnadya.com.my pada harga 20% diskaun.

Juga boleh didapati dalam bentuk e-book di www.e-sentral.com.my pada harga yang lebih rendah.

Dapatkan segera! Terima kasih.

Selamat Menyambut Hari Krismas

Salam ceria,

Pihak KarnaDya Solutions Sdn Bhd ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas buat anda semua yang menyambut perayaan berkenaan.

 

Juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 buat anda semua! Selamat bercuti!

Latest News

Payment Methods

Top