E-BOOK: KITA SAHABAT BAIK

promo_kita sahabat baik
 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

KarnaDya muncul dengan sebuah novel awal remaja terbaru dalam bentuk e-book. Anda boleh mendapatkan novel ini di: http://www.e-sentral.com/search/byid/3693

Sinopsis:

Wani terpaksa berpindah ke Kampung Rambai. Ibu bapanya tidak dapat menjaga Wani untuk jangka masa yang lama kerana urusan kerja. Wani agak keberatan untuk duduk di kampung, apatah lagi hendak masuk ke sekolah baru di kampung. Dia kurang senang apabila setiap tindakannya ditegur oleh Nek Munah. Wani, anak orang kaya yang sentiasa berlagak sombong mula berasa tidak puas hati dengan seorang budak kampung yang lemah lembut, sopan dan penyabar, Alyah sejak dilanggar Alyah secara tidak sengaja. Dia bertambah tidak senang hati dengan kehadiran Alyah yang turut menyertai pertandingan uji bakat nasyid yang dianjurkan pihak sekolah. Wani sentiasa mempunyai niat jahat terhadap Alyah. Suatu peristiwa telah berlaku sehinggakan Wani dimasukkan ke dalam hospital dan membuatkannya insaf. Apakah yang telah berlaku? Adakah Wani akan pulang mengikuti ibu bapanya ke bandar selepas peristiwa itu? Sama-samalah kita ikuti cerita 'Kita Sahabat Baik' yang mempunyai banyak pengajaran buat para pembaca.

E-BOOK TERBARU: LADY DIVA VS ORANG MINYAK

promo_LadyDivaVSOrgMinyak

 

KarnaDya muncul dengan sebuah lagi e-book terbaru berbentuk satira yang ditulis oleh penulis Ashadi Zain.

Anda boleh mendapatkan novel Lady Diva VS Orang Minyak di http://www.e-sentral.com/search/byid/2940 pada harga RM8.99 sahaja!

Dapatkan segera!

Sinopsis:


Kadangkala, disebabkan perkara remeh, manusia sanggup melakukan pelbagai perkara yang tidak masuk akal, menghairankan dan juga melucukan. Perkara yang tidak kita sangka juga akan dilakukan oleh sosok yang menjadikan nafsu sebagai raja. Apakah yang akan berlaku apabila dua tokoh korporat bersaing melampaui batas dalam bidang perniagaan dan juga kehidupan? Memang pelik bin ajaib. Ikutilah gelagat lucu dan mengejutkan Lady Diva dan Orang Minyak dalam novel satira yang menghiburkan dan penuh pengajaran ini. Segala strategi diatur, segala taktik licik digunakan dan intip-mengintip berlaku. Akhirnya, siapakah yang akan menang dalam persaingan yang tidak kenal hujung penamatnya ini? Sama-sama kita baca dengan hati yang teruja dan minda yang terbuka.

Latest News

Payment Methods

Top