SALAM AIDILFITRI

Salam semua...

Semoga anda berada dalam keadaan sihat walafiat.

Bulan Ramadhan akan menyusul pergi,
Moga kita bertemu lagi,
Muncul pula Hari Raya Aidilfitri,
Mohon ampun dan maaf seikhlas hati...

Dengan seikhlas hati, pihak KarnaDya ingin memohon maaf andai pihak kami pernah melakukan apa-apa yang telah menyinggung anda sekalian, tidak kira dari segi apa sekali pun.

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Pastikan anda menjaga diri di musim perayaan ini. Buat yang pulang ke kampung, sila berhati-hati di jalan raya. Buat yang lain-lain, selamat bercuti.

*Pastikan terus mendoakan saudara kita di Gaza, Syria dan seluruh umat Islam di dunia. Tidak lupa juga untuk mereka yang terlibat dalam kemalangan MH17 dan MH370. Al-Fatihah.

NUZUL Al-QURAN

 

Salam Ramadhan...

Selamat Menyambut Nuzul al-Quran buat semua umat Islam. Perbanyakkan membaca al-Quran, lagi-lagi di bulan yang mulia ini. Semoga diberkati dunia akhirat hendaknya.

*Marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita di Palestine. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara mereka...

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...

Baru-baru ini, KarnaDya telah mengambil kesempatan untuk melawat warga emas di Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, Puchong. Dengan kerjasama pihak Kicapi Production dan E-Sentral, kami telah menghasilkan sebuah video pendek untuk tatapan semua. Semoga kalian tergerak hati untuk menghulurkan bantuan ikhlas kepada warga emas di situ, tidak kira dalam bentuk apa sekali pun.

Semoga kita mendapat keberkatan Allah SWT dunia akhirat.

Sila klik ke link berikut: http://www.youtube.com/watch?v=-yfNoDgTEjM&feature=youtu.be

E-BOOK KARNADYA

 

 

Salam ceria...

Anda boleh mendapatkan e-book terbitan KarnaDya di bawah label iDya eksklusif di www.e-sentral.com.

Harga menarik semestinya menanti anda!

Dapatkan segera!

Latest News

Payment Methods

Top