SKU: 978-967-5367-98-4

Cerita Cikgu-Cikgu, Afrisa My & Umie Maisarah

Rating: Not Rated Yet
Sales price: RM 11.34
Discount: RM 7.56
Sales price: RM 11.34
(Discount: 40.00%)




E-Book (E-Sentral)

ISBN : 978-967-5367-98-4

 

Cerita Cikgu-cikgu menghimpunkan kisah-kisah remaja dalam kaca mata guru yang penuh warna-warna kehidupan. Pelbagai dugaan dan kisah suka duka yang perlu ditempuhi insan yang bergelar guru terlakar di dalam buku ini.

Serpihan Kasih menyorot kisah duka seorang guru baharu berbakat besar yang ditempatkan di sekolah yang amat terasing baginya. Mampukah Cikgu Badrul diterima setelah usaha dan penat lelahnya menghasilkan mural telah disabotaj oleh pelajar-pelajar nakal?

Guruku Ibuku pula memaparkan nasib Suresh yang menghadapi masalah kewangan lantaran ibunya yang sakit manakala mendiang ayahnya pula banyak meninggalkan hutang dengan kumpulan samseng. Suresh dianggap nakal dan menimbulkan masalah kepada guru disiplin di sekolahnya. Mampukah Suresh menghadapi segala cabaran yang dihadapinya?

Di samping cerpen ‘Serpihan Kasih’ dan ‘Guruku Ibuku’ terdapat enam lagi cerpen yang berkisar tentang kehidupan remaja dan dunia perguruan. Buku ini amat bersesuaian untuk pembacaan pelajar-pelajar sekolah dan para guru. Selamat membaca!

There are yet no reviews for this product.
Top