SKU: 978-967-406-243-9

Kisah Perempuan, Aina Emir

Rating: Not Rated Yet
Sales price: RM 15.00
Discount: RM 5.00
Sales price: RM 15.00
(Discount: 25.00%)




Do not have E-book

 

KISAH PEREMPUAN merupakan koleksi cerpen dan cerpan, mengisahkan kehidupan kaum wanita. Cerita-cerita ini bukan sekadar khayalan atau imaginasi tetapi penuh kebenaran dan realiti.

Berdosakah Aku membawa kisah Lin yang sedang mencari identiti diri. Dia masih muda namun sentiasa rasa tersisih dalam keluarga. Semestinya ada sejarah lama yang membuatkan hidupnya sengsara. Sementara gadis bernama Ninie dalam Bondaku pula sangat kecewa dengan sikap bondanya. Ibunya seorang ibu tunggal yang sering lupa daratan. Malah sangat materialistik hinggakan sanggup lakukan apa sahaja untuk kepentingan diri. Bagaimana Ninie mahu atasi masalah dalam hidupnya ini?

Kisah Kamilia dalam Bukan Aku pula, membawa kisah hidupnya dengan seorang kekasih yang cemburu. Walaupun menyayanginya, Kamilia tertekan dengan sikap Robin, kekasihnya itu. Suatu tragedi telah melibatkan Robin, tetapi kenapa pula Kamilia yang terpaksa menanggung padah tragedi itu? Ada apa sebenarnya?

Sementara Bukan Hebat membawa kisah Zurina yang merasakan dirinya lengkap sebagai seorang isteri yang hamper sempurna. Dia sangat bahagia, namun segala-galanya berubah bila sesuatu terbongkar. Sebagai seorang wanita yang cekal, apakah tindakannya untuk menggapai kebahagiaan itu semula? Perlukah dia berdendam? Seterusnya Kisah Perempuan membawa kisah-kisah lain yang tidak kurang menarik buat mereka yang mencari sesuatu dalam dunia realiti.

There are yet no reviews for this product.
Top