SKU: 978-983-3316-26-7

Legenda Tangkob Kaadangan Menjejak Gong Sakti, Vidara Nieta

Rating: Not Rated Yet
Sales price: RM 7.74
Discount: RM 5.16
Sales price: RM 7.74
(Discount: 40.00%)




E-Book (E-Sentral)

ISBN: 978-983-3316-26-7

 

Kisah pengembaraan ini bermula apabila Vienna Lajip dan sepupunya, Alfa Johanes menemui Tangkob Kaadangan iaitu satu objek yang menjadi lagenda di kampung mereka. Objek ini membawa mereka ke alam ghaib dan seterusnya menyedarkan mereka berdua bahawa sebenarnya legenda kampung mereka itu masih wujud dan seolah-olah beku dan terperangkap di bawah pengaruh kuasa jahat, Kerajaan Gorogom pimpinanRogon Gayo selama tiga abad.

Di alam ghaib itu, mereka bertemu dengan Gaman Gunsalam yang merancang untuk mengumpul tujuh biji gong milik Raja Sotiman untuk menewaskan Rogon Gayo dan bala tenteranya. Vienna dan Alfa menjadi sandaran Gaman Gunsalam kerana hanya batu dari Sungai Kadamaian di dunia mereka berdua sahaja yang boleh membunuh bala tentera Rogon Gayo. Vienna dan Alfa pula telah membawa satu revolusi dengan memperkenalkan alat-alat permainan mereka yang boleh membantu Gaman Gunsalam melaksanakan misi pengumpulan gong-gong ini.

Ikuti kisah pengembaraan mereka membantu Gaman Gunsalam dan orang-orangnya membawa pulang dua biji gong di dua batang sungai yang disembunyikan oleh dua orang puteri Raja Sotiman dalam siri yang pertama ini. Kenakalan mereka berdua yang sering memeningkan Cikgu Lajip dan kesungguhan mereka menentang kejahatan Kerajaan Gorogom pasti memberi satu pengalaman yang berbeza.

There are yet no reviews for this product.
Top