SKU: 978-983-3316-31-1

Perempuan Ini Lelaki Itu, Jenna Jehan

Rating: Not Rated Yet
Sales price: RM 10.00
Discount: RM 7.00
Sales price: RM 10.00
(Discount: 41.18%)




E-Book (E-Sentral)

ISBN : 978-983-3316-31-1

 

Cinta Samina untuk Haidar merupakan cinta pertama yang tulus ikhlas. Sebelum kehadiran lelaki yang bernama Haidar, Samina tidak pernah mengenali erti cinta. Namun, mungkin benar sebagaimana yang dikatakan kakaknya Sofia, nasib tidak mungkin menyebelahi Samina buat selama-lamanya.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, itulah yang dialami gadis lurus yang baik hati ini. Pelbagai kejadian aneh yang dilaluinya hinggakan dia terpaksa cuba mengubah sikapnya agar dia tidak terus menjadi mangsa kepada sesiapa jua. Dalam begitu, mengapa payah untuk dia menepiskan perasaan yang masih terpendam di dada? Mengapa bayangan lelaki itu masih lagi menggoyahkan jiwanya? Ke mana pula harus dia tuju dan bolehkah dia mempercayai lelaki yang bernama ‘Jimmy’ itu?

Namun begitu, Samina tiada pilihan dan terpaksa sahaja bergantung kepada pegawai polis yang mengendalikan kes ‘hilang’ yang dilaporkannya. Mulai saat itulah, gadis yang digelar ‘Min’ terpaksa melalui liku-liku kehidupan sarat dengan persoalan yang berteka-teki. Malah, lebih merumitkan lagi hidupnya apabila dia terperangkap sama dalam kes jenayah yang berbelit-belit.

Mampukah Samina menguatkan semangatnya dan berjayakah dia mencari rakan-rakan yang hilang? Dapatkah perempuan itu mengatasi segala dugaan yang datang melanda dalam hidupnya?

Sebuah novel bergenre ‘misteri/siasat’ yang dipenuhi pelbagai peristiwa saspens lagi romantis dan dimantapkan dengan episod-episod humor akan membuat pembaca terus membaca novel ini dari muka surat pertama hingga akhir!

There are yet no reviews for this product.
Top