FAQ

Penghantaran Karya

1. Adakah KarnaDya sedang mencari bakat-bakat baru?

Ya, KarnaDya sedang mencari bakat-bakat baru untuk menyertai kami. Tidak kiralah anda minat menulis tentang cerita cinta, misteri, seram atau apa-apa sahaja. Sila membuat pertanyaan lanjut di email kami This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

2. Bagaimanakah saya hendak menghantar karya saya?

Anda hanya perlu menghantar rumusan jalan cerita terlebih dahulu untuk kami nilaikan. Hantarkan di e-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

3. Bagaimana sekiranya saya sudah mempunyai manuskrip lengkap?

Hantarkan rumusan cerita bersama contoh bab / beberapa perenggan awal setiap bab dan emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

4. Bilakah bengkel penulisan seterusnya akan diadakan?

Rajin-rajinlah melawat laman web kami untuk mendapatkan info terkini. Bengkel penulisan yang bakal kami adakan akan diumum dalam laman web kami.

 

5. Adakah KarnaDya ingin menerbitkan buku-buku selain daripada novel dewasa dan remaja?

Kami di KarnaDya mengamalkan dasar pintu terbuka. Sekiranya anda mempunyai sebarang idea-idea yang menarik, anda boleh hubungi kami di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

6. Apakah syarat-syarat bagi sesebuah novel untuk diterbitkan?

Kami akan menilai sesebuah karya itu berdasarkan pelbagai ciri. Ciri yang paling utama ialah jalan cerita, dan kemudian kami akan menilai gaya bahasa dan perjalanan cerita. Sebuah karya yang baik akan menyebabkan pembaca tidak mahu meletakkan buku dan sanggup tidak tidur malam!

 

7. Adakah KarnaDya menggunakan teknik-teknik penulisan yang tertentu? Bagaimana boleh saya pelajarinya?

KarnaDya tidak menggunakan sebarang teknik penulisan yang spesifik. Penulis bebas untuk menggunakan mana-mana teknik penulisan asalkan tidak mengganggu perjalanan cerita. Kami percaya bahawa setiap penulis mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Malah, kami sangat mengalu-alukan kedatangan penulis-penulis yang kreatif yang mempunyai idea-idea yang menarik supaya dapat memeriahkan lagi dunia penulisan tanah air.

 

Web KarnaDya

8. Bagaimana saya hendak mendaftar menjadi ahli KarnaDya?

Anda hanya perlu klik 'daftar' di sudut "Login Form". Isi nama, nama samaran, e-mail dan password di borang yg terpapar di sudut utama. Klik "Send Registration". E-mail pengaktifan daripada KarnaDya akan dihantar ke alamat e-mail yang anda gunakan semasa mendaftar tadi. Anda hanya perlu membuka e-mail tersebut dan klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun anda.

 

9. Apakah kelebihan menjadi ahli KarnaDya?

Anda dapat membeli buku pada harga diskaun 20%! Kadangkala, diskaun hingga 50% turut diberikan semasa promosi berlangsung.

 

Rakan Niaga

10.Saya ingin membuka/mempunyai sebuah kedai buku, bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku-buku KarnaDya?

Sila hubungi Pn. Irmawati di emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian  03-8065 4763.

 

11. Saya ingin menjadi pengedar buku-buku KarnaDya, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan?

Sila hubungi Pn. Irmawati di emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 03-8065 4763. Sila nyatakan nama syarikat dan kawasan pengedaran.

 

Khidmat Pelanggan

12. Di manakah saya boleh mendapatkan buku-buku terbitan KarnaDya?

Anda boleh mendapatkan buku-buku terbitan KarnaDya di kedai-kedai buku besar seperti Popular, Kinokuniya, Mydin, The Store, Mybookstore, SMO, Pustaka Seri Intan, Badan Cemerlang dan lain-lain. Anda juga boleh mendapatkannya di kedai-kedai buku kecil ataupun gerai majalah. Selain itu, anda boleh datang ke pejabat KarnaDya dan melanggan terus daripada kami.

 

13. Saya mempunyai buku yang rosak, bagaimana saya hendak menggantikannya dengan yang baru?

Memang menjadi hak pembeli untuk mendapatkan yang terbaik daripada KarnaDya. Sekiranya terdapat kecacatan pada pencetakan, anda boleh menukarkan buku tersebut dengan buku yang baru dari pihak kedai. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda boleh menghantarkan buku yang rosak tersebut melalui pos ke alamat berikut:

Unit Kualiti Buku
KarnaDya Solutions
No 56, Jalan Utama 2/12,
Taman Perindustrian Puchong Utama,
47100, Puchong, Selangor.

Tel: 03-8065 4763

Top