Profil Karnadya Publishing


 

KarnaDya Publishing Sdn Bhd yang dahulunya dikenali dengan nama Karnadya Solutions Sdn Bhd merupakan entiti yang mempromosikan kreativiti dan inovasi dalam semua bidang yang diceburi. Syarikat ini telah mengembang pesat sejak ditubuhkan pada tahun 2005. Kini, syarikat ini mempunyai beberapa cabangan bisnes yang merangkumi penerbitan dan pengedaran buku, penerbitan video korporat, reka bentuk grafik, reka bentuk laman web dan pengurusan kandungan laman web. KarnaDya juga menyediakan kursus dan latihan korporat untuk membantu badan-badan dan syarikat-syarikat lain memberangsangkan tenaga kerja untuk maju ke hadapan. KarnaDya juga merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

        Dalam dunia penerbitan buku, tidak dapat dinafikan bahawa KarnaDya adalah syarikat penerbit buku Bahasa Melayu yang paling pantas mengembang di Malaysia. Hanya dalam tempoh tiga tahun, KarnaDya telah menerbit melebihi 220 judul buku dipasarkan di seluruh Malaysia, menggunakan tujuh jenama atau 'branding' - KarnaDya, KarnaDya Remaja, Inspirasi KarnaDya, Red Dress Ink, KD Comel, Cakcibor, dan Lifestyle KarnaDya. Pada pertengahan tahun 2008, syarikat ini telah menandatangani satu usaha sama dengan syarikat Harlequin Mills & Boon (salah sebuah syarikat penerbit buku yang termasyhur di dunia), untuk wakil mereka di Asia Tenggara dan dunia Islam. Usaha sama ini telah pun dan akan terus menjadi pemangkin untuk melipatgandakan perkembangan KarnaDya. Dalam bidang pengedaran buku, KarnaDya juga merupakan antara pengedar buku yang terbesar di Malaysia dengan mempunyai akaun pembekal bersama syarikat kedai buku rangkaian seperti Popular Bookstores, dan toko buku persendirian di kawasan bandar dan luar bandar. Secara keseluruhan, sistem pengedaran buku KarnaDya mampu mengedar kepada tidak kurang daripada 400 buah kedai buku di Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

      Dengan kepakaran dalam teknik penerbitan, KarnaDya juga mempunyai rangkaian yang baik dengan penulis, pakar motivasi, dan ahli fikir yang menyumbang kepada kandungan kerja. Rangkaian ini bukan sekadar membantu KarnaDya dalam bidang penerbutan buku, malah juga dalam penerbitan video, pembangunan teknologi maklumat, dan program kursus dan latihan korporat. Walaupun syarikat ini masih pada peringkat awal dalam bidang pembekalan kursus dan latihan korporat, namun KarnaDya telah berjaya memberi impak yang sangat positif kepada tenaga kerja badan-badan serta syarikat-syarikat yang diberi latihan. Motif syarikat ini dalam bidang latihan bukan hanya sekadar memberi perubahan positif kepada kebolehan sedia ada peserta, malah juga untuk mencungkil kebolehan dan keyakinan peserta, supaya kakitangan syarikat berkenaan dapat berkerja dengan lebih berkesan dan seterusnya menyumbang kepada produktiviti yang tinggi.

Top