SKU: 978-967-406-241-5

Revenge, Muhammad Fatrim

Rating: Not Rated Yet
Sales price: RM 15.00
Discount: RM 5.00
Sales price: RM 15.00
(Discount: 25.00%)




Do not have E-book
Ariana Citra mahu menghancurkan keluarga baru ayahnya sendiri dan mendapatkan haknya yang dibuang selama 17 tahun. Demi misi dendamnya, Ariana Citra menukar namanya kepada Dewi Uqasha dan bekerja di syarikat Crystal Suria Holdings milik ayahnya Dato’ Zakaria yang diuruskan oleh Megat Huzair anak sulungnya bersama Zahara selepaspulang dari luar negara.
 
Tapi, berdepan dengan Zahara umpama berdepan dengan penjenayah kejam yang mampu melakukan apa-apa sahaja termasuk membunuh demi melindungi keluarga dan miliknya.

Namun Ariana Citra tetap bertekad, keluarga baru ayahnya itu perlu dihapuskan walau apapun cara dan jalannya!

“Ariana Citra janji atas nama mama yang suatu hari nanti, semua ni akan jadi milik kita kembali. Ariana Citra janji mama.” – Ariana Citra

“I know who you are Dewi Uqasha.”– Megat Huzair

Dalam misinya membalas dendam, Ariana Citra mengetahui pelbagai kebenaran antaranya tentang siapa sebenarnya Megat Huzair anak sulung Zahara. Satu insiden tembak menembak telah membuatkan keduanya rapat. Megat Huzair mengisytiharkan Ariana Citra sebagai teman wanitanya selepas insiden itu sehingga membuatkannya tergamam!
 
Apakah semuanya berubah selepas itu? Adakah Ariana Citra berjaya dalam misinya mendapatkan kembali haknya? Mampukan dendam selama 17 tahun itu terlunas? REVENGE menjawab segalanya!
There are yet no reviews for this product.
Top